Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 24 Oktober 2026
Halaman ini ialah ringkasan. Perjanjian penuh ialah Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Dasar Bayaran Balik MHAB TECH. Jika terdapat sebarang perbezaan, teks di mhab.tech yang terpakai.
1. Perkhidmatan
eCommittee ialah sistem pengurusan pertubuhan dalam talian yang disediakan oleh MHAB TECH (JM1046115-U) ("kami") kepada persatuan dan pertubuhan ("pelanggan") secara langganan.
2. Akaun dan tempoh percubaan
Pertubuhan yang mendaftar mendapat tempoh percubaan percuma selama 14 hari dengan akses penuh. Wakil yang mendaftar mengesahkan bahawa beliau diberi kuasa oleh pertubuhan berkenaan, dan bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat serta keselamatan kata laluan setiap pengguna.
3. Langganan dan bayaran
Langganan ditawarkan bagi setiap tempoh 6 bulan pada harga yang dipaparkan di halaman Langganan, ditambah yuran persediaan sekali sahaja pada bayaran pertama. Bayaran dibuat kepada MHAB TECH secara dalam talian melalui FPX (Billplz) atau melalui pindahan bank ke akaun yang dinyatakan dalam invois. Invois dan resit rasmi dikeluarkan, dan akaun diaktifkan sebaik bayaran disahkan. Tempoh berbayar bermula selepas tempoh percubaan atau tarikh tamat semasa, mengikut yang lebih lewat. Tiada pembaharuan atau potongan automatik.
Bayaran balik tertakluk kepada Dasar Bayaran Balik MHAB TECH: yuran persediaan tidak dikembalikan selepas perkhidmatan diaktifkan; langganan pertama boleh dipulangkan jika dimohon dalam tempoh 7 hari selepas bayaran; pembaharuan tidak dikembalikan; bayaran berganda atau tersilap dipulangkan sepenuhnya.
4. Mod paparan sahaja
Apabila tempoh percubaan atau lesen tamat dan belum diperbaharui, akaun bertukar kepada mod paparan sahaja: data masih boleh dilihat, dicetak dan dieksport, tetapi rekod baharu tidak boleh dimasukkan atau diubah sehingga lesen diaktifkan semula.
5. Penggunaan yang dilarang
Pelanggan tidak boleh menggunakan sistem untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, cuba mengakses data pertubuhan lain, atau mengganggu operasi sistem. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
6. Ketersediaan dan had liabiliti
Kami berusaha memastikan sistem tersedia dan disandarkan secara berkala, namun tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad seperti yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan MHAB TECH, iaitu yuran yang dibayar dalam tempoh 6 bulan sebelum kejadian yang menimbulkan tuntutan.
7. Penamatan
Pelanggan boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa dengan tidak memperbaharui langganan. Data boleh dieksport pada bila-bila masa, termasuk dalam mod paparan sahaja. Jika langganan tidak diperbaharui dalam tempoh 12 bulan, kami boleh memadam data pertubuhan selepas memberikan notis 30 hari. Atas permintaan bertulis, kami memadam data lebih awal.
Notis Privasi
Sistem ini menyimpan data peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat kediaman ahli pertubuhan, serta rekod mesyuarat, kewangan dan pemilihan. Bagi data ini, pertubuhan ialah pengguna data dan MHAB TECH bertindak sebagai pemproses data bagi pihak pertubuhan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Data hanya digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pertubuhan, dan tidak dijual atau digunakan untuk pengiklanan. Data hanya dikongsi setakat yang perlu dengan penyedia yang membantu menjalankan perkhidmatan, seperti Billplz (bayaran) dan penyedia pengehosan dan keselamatan rangkaian, serta pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang. Butiran penuh dalam Dasar Privasi MHAB TECH.
- Data setiap pertubuhan diasingkan; pengguna hanya boleh melihat data pertubuhan mereka sendiri.
- Kakitangan MHAB TECH hanya mengakses akaun pertubuhan untuk tujuan sokongan teknikal, dan setiap akses direkodkan.
- Pertubuhan bertanggungjawab memaklumkan ahli mereka tentang pengumpulan dan penggunaan data ahli.
- Bagi pemilihan, nombor kad pengenalan pengundi disimpan dalam bentuk yang dilindungi (hash) bersama 4 digit terakhir sahaja.
- Permintaan berkaitan data boleh dihantar kepada [email protected].